Tuesday, 24 October 2017

Siti Nurhaliza menerima Gelaran Dato Sri.
Tahniah.


Tahniah Dato siti bergelar Dato Sri Siti Nurhaliza.


Lagi gambar dibawah...




Tuesday, 17 October 2017

Kucing dipotong kejam

Kucing Dibunuh. Zalimnya





Beberapa perkongsian dari media sosial. Tidak dapat dipastikan siapakah tuan sebenar kucing itu.

Pasti ramai meneka kejadian ini berlaku di China. Jika melihat dari laman facebook datangnya dari Malaysia.

Kenapa ya kucing ini dibunuh.. Ya Allah kejam
Sungguh.. Apakah kesalahan yang dilakukan sehingga diperlukukan sebegini rupa.

Difahamkan mangsa tular gambar kucing tersebut adalah seorang lelaki Putra Amed kemudian di viral kembali dengan  caption berlainan

Pesawat Cemas Kehadiran Lipas.

Ratusan Lipas Dalam Pesawat Ke China

 Lipas German atau nama saiintifik Blattella germanica.

Tidak dapat dipastikan syarikat penerbangan manakah yang mengalami situasi lipas dalam kapal terbang. Kelihatan seperti inspektor kuarantin ini milik China.

Setelah mendarat serangga ini dihapuskan oleh perosak seranggan dengan proses semburan wap bangi membunuh serangga tersebut.

Sumber : World Of Buzz

Monday, 16 October 2017

Terkandas, ditipu agen bercuti

DITIPU AGEN KE TURKI


Satu syarikat pelacongan menipu lebih 40 orang apabila mereka terkandas di Dengkil. Setelah menunggun agen tidak tiba.


Beberapa mangsa berkongsi maklumat supaya orabg ramai tidak tertipu.


Kesian ya.. semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan..

Sunday, 15 October 2017

GARA-GARA TIDAK PULANG KE RUMAH, LELAKI MAUT DITIKAM ISTERI sadis

GARA-GARA TIDAK PULANG KE RUMAH, LELAKI MAUT DITIKAM ISTERI



MUAR: Pertengkaran sepasang suami isteri yang baru enam bulan mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila si suami ditikam sehingga mati oleh isterinya dalam kejadian di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, disini pada petang Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun kerana tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Besar, Muar berada di lokasi kejadian yang merupakan rumah persinggahan dan stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek dan berlaku pertelingkahan.

Ibu mangsa, Rohani Sharif, 57, berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian itu sekitar 2.30 petang oleh ibu dan bapa suspek wanita berkenaan yang datang yang datang ke rumahnya.

Katanya, sejak anak sulungnya itu mendirikan rumah tangga, mereka menetap di kediaman keluarga suspek (isteri) di Parit Bunga, Tangkak.

Jelas Rohani, pada tengah hari semalam, menantunya ada menghubunginya untuk bertanya tentang anaknya itu berikutan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka pertanyaan menantunya itu bertukar tragedi, hingga menyebabkan anaknya kehilangan nyawa akibat tikaman di bahagian dada.

Rohani memberitahu, kali terakhir bertemu anaknya itu pada Jumaat lepas.

“Setiap Jumaat saya pergi pasar beli barang dapur, tapi yang Jumaat (semalam) ini saya tengok dia tak ada. Jumaat lepas saya sempat tengok dia dan makan serta berbual dengan dia. Ayah dia pun sempat (bersama) dan bersalam-salaman,” ujar Rohani.

Rohani ditemui Astro AWANI di pekarangan Unit Forensik Hospital Muar sementara menunggu mayat mangsa selesai menjalani proses bedah siasat.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Katanya, suspek wanita berkenaan telah ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit : Astro Awani

5 Kali ditikam Peragut

5 kali ditikam peragut



BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Seorang lelaki cedera ditikam peragut yang cuba meragutnya di hadapan sebuah pasar raya berdekatan Alma, petang semalam. 

Dalam kejadian jam 5.55 petang di Jalan Alma, mangsa berusia 40 tahun diekori oleh suspek lelaki yang berusia 19 tahun sebelum diserang dan dicedera menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, kejadian itu disedari sepasang suami isteri yang kemudian memberi bantuan, bersama dengan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

"Menurut saksi kejadian, suspek yang bersenjatakan pisau bertindak mengejar mangsa dari hadapan sebuah pasar raya sehingga ke medan selera dan menjerit meminta tolong. 

"Mangsa luka selepas ditikam di atas dada kiri, belakang badan dan bahu kiri. 

"Orang awam kemudian memberkas remaja itu dan mengikat tangan suspek sebelum diserahkan kepada polis," katanya. 





Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan dan terdapat tiga kesan tikaman di bahagian belakang badan dan dua kesan tikaman di bahagian dada kiri serta bahu mangsa. Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Polis telah menahan suspek dan juga turut merampas sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis SPT untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian, Bernama