Foto Ihsan Polis
Kuala Lumpur: Pengunjung yang berada di kawasan riadah diarahkan beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin, kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negera Dan ketenteraman Awam dari Unit Gerakan Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff.
Pasukan polis akan digerakan untuk memantau semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan bagi memastikan pengunjung telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dan patuh prosedur operasi standard.
"Sekiranya enggan, mereka akan diarah beredar dari lokasi itu setelah diberi nasihat oleh pihak polis. Kamil faham rakyat tengah tertekan dan dalam menguatkuasakan ubdang-undang, sifat kemanusiaan itu penting dalam membantu masyarakat," kata beliau kepada.
Mastor juga berkat pemantauan mendapati pengunjung di kawasan riadah berkurangan kerana hari cuti umum, Hari Malaysia.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed pula berkata pihaknya telah mengeluarkan tujuh kompaun melibatkan pelanggaran SOP seperti tidak menjaga jarak antara satu sama lain dan saman trafik lain di air terjun Sungai Pisang.
No comments:
Post a Comment